Kejohanan Mobile Legends Professional League (MPL) Musim Ketiga Kini Telah Bermula!

1115
- Iklan -

Selepas lebih daripada 1,000 pasukan berentap dalam pusingan kelayakan, kini hanya empat pasukan sahaja yang berjaya menduduki tangga teratas dalam pusingan tersebut.  Tiga daripadanya adalah pasukan dari Malaysia iaitu ICON MY, Mysterious Assassin (MYA) dan Xpax X-Assins. Manakala satu pasukan lagi dari Singapura pula iaitu NARA Esports.

 

Difahamkan, keempat-empat mereka bakal bertembung dengan enam lagi pasukan yang diumumkan sebelum ini. Ini menjadikan jumlah keseluruhan adalah 10 pasukan yang bakal bertanding, iaitu :

  • Team Reborn
  • EVOS
  • Flash Tyrants
  • Bossskur Gaming
  • Resurgence
  • Bigetron SG
  • Geek Fam
  • ICON MY
  • NARA Esports
  • Xpax X-Asssins
  • Mysterious Assassin (MYA)

Sehubungan dengan itu, liga kejohanan itu kini telah pun bermula dan dikatakan berlangsung sehingga 7 April 2019 dan hadiah yang ditawarkan agak lumayan – sebanyak USD100,000 (kira-kira RM400,000) menjadi taruhan. Butiran kejohanan adalah seperti berikut :

TEMPOH TARIKH MASA PERMAINAN
MINGGU 1 1 – 3 MAC 2019 JUMAAT : 7 MALAM & KE ATAS ATAS

SABTU / AHAD : 5 PETANG & KE ATAS

MINGGU 2 8 – 10 MAC 2019
MINGGU 3 15 – 17 MAC 2019
MINGGU 4 22 – 24 MAC 2019
MINGGU 5 29 – 31 MAC 2019
MINGGU 6 5 – 7 APRIL 2019

 

Difahamkan, kumpulan yang berada di lapan senarai teratas akan berentap di pusingan terakhir dan berpeluang memenangi hadiah utama tersebut. Pun begitu, tiada maklumat lanjut mengenai tarikh pusingan akhhir dan akan diumukan kemudian. Makluman lanjut layari laman rasmi Mobile Legends Professional League.