
Kehebatan Penstabilan Video Samsung Galaxy Note8 Sukar Ditandingi
Tidak dinafikan lagi bahawa Samsung Galaxy Note8 telah diakui sebagai salah satu daripada telefon pintar dengan prestasi kamera terbaik di pasaran. Kenyataan ini telah dikuatkan lagi dengan pengiktirafan DxOMark yang telah meletakkannya dalam kelompok lima model teratas. Sungguhpun begitu, DxOMark dilihat telah memberi skor yang agak rendah untuk Galaxy Note8 bagi aspek penstabilan ketika merekod video berbanding pesaingnya yang lain.
Namun berdasarkan kepada klip video berdurasi 32 saat yang dikongsikan oleh seorang pemilik akaun Twitter yang popular iaitu Evan Rodgers, skor yang diterima oleh Samsung Galaxy Note8 untuk aspek penstabilan video dari DxOMark ini mungkin boleh dipertikaikan.
so one thing I couldn't make space for in my camera piece is this little comparison here. The note 8 eats some kinds of vibrations for lunch pic.twitter.com/dhPt22aiOq
— Evan Rodgers 🏳️🌈 (@evanrodgers) December 21, 2017
Rakaman video yang dibuat di dalam tren yang sedang bergerak ini jelas membuktikan bahawa Samsung Galaxy Note8 kelihatan lebih stabil dan jelas, jika dibandingkan dengan tiga lagi model iaitu Apple iPhone X, Huawei Mate 10 Pro, dan juga Google Pixel 2.