[TERTIRIS] : iQOO Neo Bakal Hadir Dengan Bateri Berkapasiti 4,500 mAh

iQoo Neo dijadualkan bakal diperkenal secara rasmi pada 2 Julai 2019. Peranti ini dikatakan bakal disokong cip pemproses Snapdragon 845 sebagai tunjang utama serta menyertakan teknologi 4D Game Shock 2.0 dan Super Liquid Cooling.

Terkini, syarikat tersebut dilihat mendedahkan satu lagi spesifikasi utama peranti tersebut. Memetik imej tersebar, iQoo Neo bakal dibekal dengan bateri 4,500 mAh bersama sokongan pengecasan pantas 22.5W.

[BACA : iQOO Neo Bakal Diperkenal Pada 2 Julai 2019 – Sokong Snapdragon 845 & Teknologi 4D Game Shock 2.0? ]

Selain itu, iQOO Neo juga sudahpun tersenarai di dalam laman web rasmi vivo China – sekaligus mendedahkan peranti ini dijangka hadir dengan sekurang-kurangnya dua warna iaitu Hitam dan Ungu.

Panel belakang iQoo Neo kelihatan hampir sama dengan rekaan iQOO sebelum ini. Apa yang membezakannya adalah penempatan LED Flash. Teruja? Sama-sama kita tunggu kemunculan rasminya. Kekal bersama eRing untuk info lanjut!

[SUMBER]

You might also like