Vodafone Memperkenalkan Smart V8

Vodafone, masih ingat lagi? Jika dulu syarikat ini menaja pasukan bola sepak Manchester United, kini tidak lagi. Memandangkan jenama ini semakin tidak dikenali oleh generasi baru, ada juga yang terpinga-pinga dan ragu-ragu tentang kewujudan peranti. Baru-baru ini, Vodafone dengan kerjasama syarikat dari Jepun ini telah melancarkan telefon pintar terbaru meraka yang diberi nama Smart V8.

Smart V8 dikategorikan sebagai peranti kelas pertengahan, hadir dengan paparan HD penuh 5.5 inci bersama gelas 2.5 darjah. Menggunakan set cip Snapdragon 430 lapan teras turut dibantu dengan RAM sebanyak 3GB, manakala storan dalaman pula menerima 32GB dengan sokongan memori tambahan sehingga 128GB.

Sisi lensa pula dilengkapi dengan kamera utama 16 Megapiksel dwi LED flash, turut mendapat sistem pengimbas cap jari di bawahnya. Kamera depan pula disediakan lensa 8 Megapiksel dengan bekalan bateri berkuasa 3,000mAh. Bagi melengkapkan konfigurasi perkakasan ini, ia diberikan sistem OS Android 7.1.1 Nougat.

Peranti ini dijual dengan tanda harga £160 (kira-kira RM881), dan hanya dijual di Britain setakat ini.

You might also like