- Iklan -

Xiaomi Mi Laser Projector – Pengalaman Panggung Di Rumah

Selain Mi Ninebot Plus, Xiaomi turut memperkenalkan produk terbaru Mi Ecosystem mereka yang diberi nama Mi Laser Projector. Peranti ini ialah sebuah projektor yang menggunakan lampu laser untuk memancarkan visual pada dinding sehingga 150 inci pada keterangan 5,000 lumen.

Xiaomi mengatakan teknologi yang dibangunkan oleh Appotronics ini dilengkapi dengan lampu laser ALPD 3.0 dapat memberikan ketepatan warna dan kontra yang tinggi.

Kerjasama bersama Texas Instrument ini adalah yang pertama di dunia menawarkan projektor laser tahap panggung di rumah. Kualiti pembesar suara yang diberikan juga menambah lagi pengalaman menonton ke tahap yang lebih tinggi dengan adanya empat speaker Dolby Digital dan sokongan DTS sekeliling.

Projektor laser ini juga mampu memeberikan penonton kualiti video sehingga 1080p HD penuh. Jarak yang diambil untuk projektor ini beroperasi adalah 5cm ke 50cm dari dinding. Sehubungan itu, teknologi daripada Appotronics ini telahpun membekalkan projektor kepada lebih 90 peratus pawagam filem di seluruh China.

Harga yang ditawarkan ialah RMB9,999 (kira-kira RM6,335) dan mula dijual pada 4 Julai ini.

You might also like