Jerayawara Jualan Pertama HONOR View20 Terima Sambutan Luar Biasa!

HONOR baru sahaja memperkenalkan HONOR View20 pada harga bermula RM1,999 (6GB+ 128GB) dan RM2,499 (8GB+256GB). Seiring itu, HONOR hari ini mengadakan roadshow besar-besaran sempena jualan pertama mereka yang berlangsung di pusat beli belah 1 Utama, Petaling Jaya.

Roadshow Jualan Pertama HONOR View20

Menambahkan keceriaan, HONOR turut menawarkan sejumlah hadiah istimewa untuk pembeli yang terawal beratur! Hadiah istimewa tersebut termasuk : HONOR Watch Magic, HONOR backpack, HONOR Band 4 dan banyak lagi! (Ketersediaan terhad).

Pembeli Terawal – Lim Kin Aik, 20 y/o

Roadshow ini ternyata berjaya “menarik” ramai peminat setia HONOR yang dilihat beratur panjang, Bahkan, terdapat juga pengunjung yang beratur seawal malam tadi! Ini jelas menyaksikan HONOR kini mencapai skala terbaik dalam menetapkan rekod baru untuk HONOR View20.

Bagi yang berminat, telefon ini tersedia dalam tiga pilihan warna iaitu Sapphire Blue & Midnight Black untuk versi 6GB + 128GB pada harga RM1,999, manakala Phantom Blue untuk versi Moschino 8GB + 256GB pada harga RM2,499.

Jangan lupa juga ajak ahli keluarga dan kawan-kawan memeriahkan roadshow besar-besaran HONOR okay! 26 hingga 27 Januari di tingkat bawah Pusat Beli-Belah Highstreet @ 1 Utama!

______________________________________________________________________

Artikel Berkaitan:

You might also like