
Inforia Audi Bantu Pengguna Elak Buang Masa Tunggu lampu Isyarat

Siapa sahaja tidak tertekan memandu dalam keadaan sesak dengan terpaksa melalui lampu isyarat khususnya di bandar. Seperti membuang masa menunggu lampu isyarat bertukar dari merah ke hijau.
Bagi mengatasi masalah ini, Audi sedang menguji sistem inforia pada kenderaan Audi dengan menyokong ‘Traffic Light information System”.

Menerusi sistem ini, pihak Audi menggunakan data daripada lokasi semasa kenderaan anda dan dibandingkan bersama data yang diperoleh dari lampu isyarat di lokasi tertentu. Pengiraan akan dilakukan dan pemandu akan diberikan cadangan kelajuan pemanduan yang sesuai. Hal ini bagi mengelakkan anda terpaksa menunggu lampu isyarat bertukar warna.
Bukan itu sahaja, Inforia turut memberikan maklumat mengenai waktu bila lampu isyarat akan bertukar merah dan tempoh masa yang terpaksa diambil bagi menunggu lampu isyarat bertukar hijau.
Pada ketika ini, Inforia ini ditawarkan kepada sebahagian daripada Audi Connect Prime pada model kenderaan A3 dan TT versi 2017 dan terbaharu. Namun ia hanya ditawarkan di 13 lokasi sekitar Amerika Syarikat sahaja.
_______________________________
Baca juga:
- Filem Pendek Apple Sempena Tahun Baru Cina – Dari iPhone XS
- Apple Lantik Bekas Eksekutif Samsung SDI, Soonho Ahn
- Kemas Kini Apple iOS 12.1.3 –Penambahbaikan Pepijat Pada iPhone & iPad
- Samsung Galaxy Tab A 10.1 (2019) Bakal Dijual Pada Harga Bermula…
- Paten Skrin Boleh Gulung Dianugerah Kepada Apple Bagi Skrin Apple Watch
- Terragraph Setanding Fiber Optik, Beri Internet 1Gbps Pada Penduduk Georgetown

