Kemas Kini Apple iOS 12.1.3 –Penambahbaikan Pepijat Pada iPhone & iPad

Beberapa isu yang berlaku pada iPhone dan iPad serta HomePod, antaranya masalah gambar kelihatan pelik pada aplikasi Messages apabila menggunakan Share Sheet, CarPlay kerap terputus pada iPhone XS Max, XS dan XR, HomePod gagal berfungsi serta Siri berhenti mendengar kini telah pun menerima penambahbaikan pada kemas kini terbaru iOS 12.1.3.

Baca Juga :Prototaip Kedua iPhone XI 2019 Tertiris Lagi?! ]

Fail kemas kini ini memerlukan saiz muat turun sebanyak 332.3MB, dan pengguna iOS sudah boleh membuat pengemaskinian mulai sekarang. Menurut beberapa pengguna iOS yang telah membuat pengemaskinian, prestasi peranti kelihatan lebih memuaskan di mana ia lebih pantas berbanding sebelumnya.

Adakah anda setuju? Boleh kongsi di bawah komen ya~

_______________________________________

Baca Juga:

 

 

You might also like