
Mulai hari ini, Celcom Xpax menawarkan semua pelanggan baru dan sedia ada akses tanpa had kepada Snapchat selama 3 bulan. Sehingga 16 September 2020, pelanggan Celcom Xpax boleh log masuk ke Aplikasi Celcom Life dan menebus akses Snapchat 3 bulan percuma mereka.

Dalam tempoh ini, pelanggan Celcom Xpax juga dapat menikmati keajaiban Snapchat dan bebas untuk mengekspresikan diri, berkongsi momen bersama rakan dan keluarga tanpa perlu bimbang menggunakan data mereka.
Bagi menyokong amalan penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka di tempat awam, pelanggan Celcom Xpax kini boleh menikmati penapis Snapchat dan Lensa AR yang direka khas dan bakal didapati tidak lama lagi, untuk sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia akan datang.
Disokong oleh rangkaian 4G LTE terluas Celcom, pengguna Celcom Xpax dapat berkongsi kandungan kreatif digital mereka bersama rakan dan keluarga melalui Snapchat. Pengguna juga dapat menikmati semua aktiviti internet kegemaran mereka yang lain dengan kuota dan kelajuan 3Mbps tanpa had, termasuk panggilan tanpa had ke semua rangkaian dengan pas prabayar Celcom Xpax Truly Unlimited.
Kempen Snapchat Celcom Xpax selaras dengan inisiatif pemerkasaan belia MDEC yang bertujuan menyediakan akses lancar ke ekosistem digital. Selain itu, MDEC juga mendorong inovasi digital dengan memupuk kemampuan para belia Malaysia dan memastikan mereka dapat menyesuaikan diri serta bersedia untuk masa hadapan.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.celcom.com.my/xpax . Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Lens Studio, sila layari https://lensstudio.snapchat.com/ atau kursus Open Learning Lens Studio di sini.