
Ketika Huawei Mate 9 diumumkan dua minggu lalu, syarikat teknologi gergasi China itu mengumumkan bahawa Malaysia adalah antara beberapa negara terawal yang akan menerima peranti terbaru mereka. Menurut perancangan, rakyat Malaysia boleh mendapatkan peranti ini pada 22 November nanti di semua wakil dan stor jualan Huawei.
Pembelian Huawei Mate 9 pada harga RM2,699 hadir bersama pakej servis selepas jualan yang istimewa, pemilik peranti ini bakal menikmati :-
- Penukaran peranti one-to-one di dalam tempoh 12 bulan jaminan.
- Servis pengambilan dan penghantaran ke alamat anda secara percuma.
- Jaminan 3 bulan bagi skrin LCD bermula dari tarikh bukti pembelian.
- 2 kali servis pembersihan peranti secara percuma bagi tempoh 12 bulan jaminan.
- Servis VIP hotline.
Spesifikasi Huawei Mate 9
Dimensi | 156.9 x 78.9 x 7.9mm |
Berat | 190g |
Warna | Champagne Gold, Mocha Brown |
Paparan | 5.9 inci FHD, 1920 x 1080 (~373ppi) 2.5D glass |
Pemproses | HUAWEI Kirin 960 Octa-core (4 x 2.4GHz A73 + 4 x 1.8GHz A53) + i6 co-processor |
Grafik | Mali-G71 MP8 |
Sistem Operasi | Android 7.0 Nougat Emotion UI EMUI 5.0 |
Memori | RAM: 4GB ROM: 64GB Sokongan MicroSD sehingga 256GB |
Kamera | Utama: Dwi kamera, 20 MP Monochrome + 12MP RGB Hadapan: 8MP |
Bateri | 4000 mAh |
Harga | RM 2,699 |
Anda boleh melakukan pra-tempah peranti ini di:-
Bagi peminat setia Huawei yang mahu menjadi yang pertama mendapatkan peranti ini, anda sudah bersiap sedia?!