
YANG DITUNGGU-TUNGGU BAKAL TIBA TIDAK LAMA LAGI! Xiaomi Malaysia hari ni berkongsi kejutan menarik kepada peminat setianya apabila memaklumkan bahawa Xiaomi Mi 9 SE bakal masuk Malaysia pada 30 April 2019.

Berita baik ini dikongsi oleh pihak Xiaomi sendiri menerusi sebuah posting di laman Facebook rasmi mereka sebentar tadi. Pelancaran ini akakn dibuat dalam talian secara live stream menerusi Facebook Mi Malaysia pada jam 9 malam. Stay tuned!
https://www.facebook.com/XiaomiMalaysia/photos/a.242046502666118/1150680061802753/?type=3
Xiaomi Mi 9 SE membawakan skrin berukuran 5.79″ FHD+ dengan paparan AMOLED. Ia dijana oleh cipset Snapdragon 712, dibantu memori 6GB RAM serta storan sehingga 128GB. Peranti ini membawakan 3 kamera utama dengan resolusi 48MP + 8MP + 13MP dan 20MP bagi kamera swafoto. Bateri adalah sebesar 3,070mAh + pengecasan pantas 18W.

