U Mobile, UnionPay International Berkerjasama – Membolehkan Pengguna GoPayz Buat Pembayaran Rentas Sempadan

U Mobile dan UnionPay International telah menandatangani perjanjian yang membolehkan pengguna e-wallet, GoPayz membuat pembayaran merentas sempadan. Melalui kerjasama ini, mereka boleh membuat pembayaran di hampir 10 juta pedagang kod QR UniPay di 29 negara  termasuk Australia, China, Jepun, Korea, Singapura, Thailand dan Amerika Syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile, Wong Heang Tuck berkata, pihaknya sangat berbesar hati dapat bekerjasama dengan UnionPay International kerana mereka adalah penting dalam membolehkan pelanggan GoPayz untuk menggunakan e-wallet dalam negara dan di peringkat global.

Tambah beliau lagi, pihaknya percaya pelanggan akan menghargai flesibiliti seperti bagaimana mereka akan menikmati semua perkhidmatan kewangan digital lain yang disertakan dengan aplikasi GoPayz.

Pengurus Besar, UnionPay International Southeast Asia, Wenhui Yang pula berkata, UnionPay juga gembira untuk memperluaskan kerjasama dengan U Mobile dalam usaha membolehkan pengguna GoPayz membuat pembayaran merentas sempadan.

Katanya lagi, pihaknya juga komited untuk meneruskan perkhidmatan pembayaran lebih inovatif seperti QR Code untuk pembayara n dan meningkatkan pengalaman pembayaran bagi pengguna. Pengguna GoPayz juga boleh membuat pembayaran dengan selamat tanpa perlu menukar mata wang asing.

Beliau juga menambah, pengguna GoPayz turut boleh menikmati tawaran istimewa daripada UnionPay sama ada di dalam mahupun luar negara bagimemberi mereka lebih banyak alasan untuk menggunakan GoPayz.

You might also like