Akhirnya Terdedah! ASUS ROG Phone 2 Bakal Diperkenal Secara Rasmi Pada 23 Julai 2019

Setelah sekian lama berteka-teki, akhirnya ASUS berkongsi mengenai tarikh rasmi pengenalan pendatang baru mereka, ASUS ROG Phone 2 – bakal diperkenal secara rasmi pada 23 Julai 2019. Jika diteliti, terdapat logo Tencent Games pada poster tersebar – ramai mula berspekulasi permainan mudah alih khusus untuk peranti tersebut bakal dilancarkan.

Kebocoran terdahulu mendedahkan, ASUS ROG Phone 2 bakal menyertakan memori sehingga 12GB RAM dan menggunakan cip pemproses Snapdragon 855 sebagai tunjang utama. Skrin peranti dijangka membawakan sokongan kadar segar semula 120Hz dan menampilkan sokongan pengecasan pantas 30W.

[BACA : Eksklusif: Soal Jawab Bersama ASUS – Apa ASUS Bakal Bawa Masuk Ke Malaysia? ROG Phone 2?! ]

Apa agaknya kejutan yang bakal dibawakan oleh syarikat gergasi ini untuk peminat setia mereka? Sama-sama kita tunggu kemunculan rasminya kelak. Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini.

You might also like