
Motorola Moto G4 Plus Akan Menerima Android Oreo

Sebelum ini Motorola mengeluarkan senarai peranti-peranti dibawahnya yang mendapat kemas kini Android Oreo. Namun selepas beberapa hari, Motorola menarik balik nama Moto G4 Plus dari senarai berkenaan.
Perkara ini telah mendapat reaksi negatif dikalangan ramai pengguna keluarga G4 Plus. Mereka berasa tidak puas hati kerana peranti ini masih berusia 18 bulan sahaja. Berikutan dari rungutan pengguna, Motorola telah menyunting semula iklan berkenaan dan mengumumkan semula Moto G4 Plus akan menerima OS Android 8.0.

Berita ini agak baik untuk didengar tetapi perlu diingatkan bukan semua model di bawah siri G4 menerimanya. Pengguna G4 dan G4 Play malangnya tidak mendapat kemas kini terbaru ini sebaliknya akan kekal pada Android Nougat.
Motorola berkata “kebiasaannya peranti hanya menerima satu kemaskini versi Android sahaja. Kerana kesilapan pengiklanan, Motorola ‘terpaksa’ memberikan kemaskini Oreo kepada Moto G4 Plus. Sebenarnya pengeluar peranti boleh sahaja memberikan kemaskini versi Android yang terbaru kepada peranti-peranti sedia ada. Mahu atau tidak sahaja. Mungkin kerana kos, pengeluar lebih memilih mengeluarkan peranti baru dengan sistem operasi terbaru, berbanding memberikan kemaskini kepada peranti-peranti sedia ada”.

