[Tertiris] Samsung Galaxy S9+ Dengan Warna Coral Blue

Bulan ini Samsung akan melancarkan Samsung Galaxy S9 secara global di acara MWC 2018, Barcelona. Penawaran peranti baharu bukan sahaja menumpukan pada rekaan luaran tetapi warna juga turut akan dikemas kini.

Melalui kongsian daripada @evleaks, Samsung Galaxy S9 dan S9+ akan didatangkan dengan empat pilihan warna baru iaitu Midnight Black, Titanium Gray, dan warna baru Lilac Purple dan Coral Blue.

Coral Blue

Anda mungkin pernah melihat warna Coral Blue ini pada peranti Note FE. Ia tidaklah betul-betul warna baharu tetapi dengan kemasan ini, Samsung mungkin boleh menarik lebih ramai peminat untuk memiliki siri S tahun ini.

Lilac Purple

Kami juga menjangkakan Samsung akan memperkenalkan warna lain selepas pelancaran rasminya kelak mungkin dalam versi merah jambu seperti kebiasaan yang pernah dilakukan sebelum ini.

Sumber

You might also like