
Samsung Electronics Malaysia hari ini telah melancarkan kempen Samsung Blue Week yang menawarkan telefon pintar terpilih seperti Samsung Galaxy Note FE berharga RM1,446.90 (harga asal RM2,599) serta Galaxy Note8 RM2,638.30 (harga asal RM3,999).
Turut tersenarai adalah model Galaxy siri ‘A’ iaitu Galaxy A8 berharga RM1,182.30 (harga asal RM1,799) dan juga Galaxy A6 RM699.30 (harga asal RM999). Bagi mengetahui model telefon pintar apa lagi yang ditawarkan oleh Samsung boleh lihat di sini.
Tidak hanya telefon pintar, televisyen milik Samsung juga turut menerima diskaun serta kad hadiah Petronas bernilai sehingga RM1,450 dengan pembelian model terpilih.
Jangan lupa, tawaran hebat Samsung Blue Week ini hanya berlangsung selama empat hari, bermula 23 hingga 26 November 2018. Tawaran ini juga hanya boleh didapati di Stor Online Samsung Malaysia sahaja. Untuk maklumat lanjut, layari laman promosi Samsung Blue Week.


