

Dalam usaha mengukuhkan lagi kedudukan di dalam negara, Realme secara rasminya telah membuka kedai pertama mereka di pusat beli belah Sunway Pyramid, hari ini.

Bertempat di aras satu, pembukaan rasmi berkenaan mempamerkan sejumlah besar peranti pintar keluaran Realme termasuklah tiga produk terbaharu mereka iaitu Realme 2, Realme 2 Pro, dan Realme C1.

Bersempena dengan pembukaan rasmi tersebut juga, Real me telah memberikan tawaran promosi eksklusif kepada para pelanggan yang hadir pada majlis pembukaan berkenaan.
Antaranya, setiap pembelian model Realme 2 Pro versi 8GB + 128GB, pelanggan akan menerima hadiah menarik termasuklah earphone dan minyak wangi eksklusif yang bernilai sehingga RM 299 secara PERCUMA! Ketersediaan adalah terhad dan hanya terbuka untuk 50 pelanggan terawal sahaja!

Jadi, tunggu apa lagi? Jom ramai-ramai, kita pergi serbu Realme Image Store di Sunway Pyramid sekarang juga!
Bagi anda yang berminat miliki siri Realme, anda juga boleh mendapatkannya melalui 500 kedai fizikal rasmi Realme di seluruh Malaysia bermula hari ini. Berita lanjut, klik SINI.
_________________________________________________________________
Baca juga :
- Ulasan: 6 Keunggulan Utama Pada Realme 2 Pro Yang Perlu Anda Tahu
- Siri Realme 2 Diperkenalkan Di Malaysia – Harga Bermula RM449
- Realme 2 vs Realme C1 : Beza RM100, Dapat EXTRA 1GB RAM + 16GB ROM Dan…
- Realme 2 Pro Dinobatkan Sebagai ‘Juara Telefon Pintar’ Di Shopee Men’s Festival
- Tahniah! Realme 2 Pro Lakar Kejayaan Hebat Di Shopee – Kini 12,000 Peminat!

