[Tertiris] Samsung Galaxy M20 Mungkin Model Pertama Samsung Dengan Rekaan Skrin Bertakuk?!

Sebelum ini Samsung Galaxy M20 telah membuat kemunculan pertamanya di pangkalan data ujian penanda aras Geekbench, terbaru model ini telah muncul pula di AnTuTu dengan mencatatkan skor sebanyak 107,452 poin.

Menawarkan spesifikasi seperti dikuasakan dengan pemproses Exynos 7885, telefon pintar ini turut dioperasikan oleh Android 8.1 Oreo dan juga menyokong kapasiti RAM sebesar 3GB. Berdasarkan perkongsian maklumat di AnTuTu, Galaxy M20 turut disahkan menyokong memori dalaman berkapasiti 32GB.

Apa yang menarik perhatian adalah sokongan resolusi 2340×1080 piksel (FHD+) yang secara tidak langsung telah memberi gambaran awal bahawa peranti ini akan menyokong rekaan skrin bertakuk jenis ‘Infinity-U’ yang sebelum ini telah didedahkan oleh Samsung.

[SUMBER]

You might also like