iPhone 7 Dan iPhone 7 Plus 32GB Berwarna Jet Black Mula Dijual

Sejak hari pertama iPhone 7 dan iPhone 7 Plus dilancarkan tahun lalu, warna Jet Black sering kehabisan stok. Pada masa itu, untuk mendapatkannya pula anda perlu membuat pra tempah atau membayar wang yang lebih. Ini kerana pengguna hanya mahukan warna hitam berkilau itu semata-mata bahkan, ia hanya didatangkan dengan pilihan storan 128GB dan 256GB sahaja.

Bagaimanapun, bagi yang masih mendambakan warna Jet Black ini, ia kini boleh didapati dengan storan serendah 32GB pada harga RM2,749 di laman atas talian Apple Malaysia. Sementara iPhone 7 Plus 32GB pula mendapat tanda harga iaitu dari RM3,349 untuk varian asas.

Pada masa yang sama, tahun ini Apple tidak lagi menghasilkan warna kemasan Jet Black pada model iPhone terbaru. Ia disebabkan mereka telah menerima banyak kritikan mengenai ketahanan pada warna tersebut.

Tetapi, jika anda merasakan ia hanya perkara yang remeh, apa salahnya bukan?

Baca juga : Penurunan Harga iPhone 7, iPhone 7 Plus, iPhone 6s, Dan iPhone 6s Plus

You might also like