Honor 8 Pro Dengan Dwi-Kamera Dan Paparan QHD

Pesaing kepada Huawei P10 dan Huawei Mate 9 yang sebelum ini menggunakan nama Honor V9 di pasaran China tetapi telah ditukar kepada Honor 8 Pro, baru sahaja dilancarkan secara rasmi.

Yang menarik Honor 8 Pro hadir dengan paparan 2K Gorilla Glass 3 bersaiz 5.7 inci, dwi-kamera 12 megapiksel dengan aperture f/2.2 di mana setiap satu mampu merakam video 4K, manakala kamera hadapan beresolusi 8 megapiksel dengan aperture f/2.0, serta menggunakan port USB Type-C.

Dari segi dalaman pula, peranti ini dikuasakan oleh Kirin 960 cip pemproses tercanggih oleh Huawei, GPU Mali-G71 MP8, kapasiti bateri 4000mAh, memori dalaman 64GB UFS 2.1 disokong slot memori  tambahan, RAM sebanyak 6GB serta beroperasi di bawah Android Nougat dengan EMUI 5.1. Tidak ketinggalan pengesan cap jari juga tersedia di bahagian belakang.

Kerangka aluminium dan glass ini membuatkan Honor 8 Pro kelihatan sangat premium dan tidak mudah kotor dengan kesan cap jari, harga jualan di Eropah adalah £474 (kira-kira RM 2,623).

SPESIFIKASI

Sistem Operasi Android 7.0 Nougat (Emotion UI 5.1)
CPU Kirin 960 Octa-Core
4 x 2.4GHz (Cortex A73) + 4 x 1.8GHz (Cortex A53)
Paparan 5.7” 2K (2560 x 1140), Gorilla Glass 3, 2.5D curved glass
Kamera Kamera Utama: 12MP + 12MP (Autofokus, LED Flash)
Kamera Hadapan: 8MP (77° wide-angle lens)
Memori Dalaman 64GB ROM, 6GB RAM
Sambungan WiFi 802.11b/g/n, 2.4GHz, Bluetooth 4.2, USB Type-C, NFC
Pengimbas Cap Jari
Battery 4000mAh
Warna Biru, Hitam, Emas

 

 

 

You might also like