Kemunculan Tablet Terbaru Xiaomi Mi Pad 3

1288
- Iklan -

Xiaomi baru-baru ini melancarkan tablet terbaru mereka yang diberi nama Mi Pad 3 dengan bercirikan premium dari segi luaran dengan menggunakan kerangka unibody logam berukuran 200.4 x 132.6 x 7mm dan berat hanya 328g. Paparan yang tersedia ialah jenis LCD 2048 x 1536 piksel menjadikan 326ppi cukup baik bagi paparan sebesar 7.9 inci.

Cip pemproses MediaTek MT8176 dengan kelajuan dua teras Cortex-A72 2.1GHz dan empat teras Cortex-A53 1.7GHz menjadikan tablet ini berkuasa untuk melakukan pelbagai aktiviti dalam satu-satu masa. Selain itu, ruangan storan 64GB ROM, 4GB RAM dan PowerVR6250 GPU sudah memadai untuk anda bermain permainan video. Namun, model ini tidak menyediakan slot tambahan ruangan memori.

Disudut lain tablet ini menyediakan kamera depan hanya 5 megapiksel dan kamera utama 13 megapiksel dengan sokongan aperture f/2.2. Kapasiti bateri pula sebesar 6600mAh yang menjanjikan masa menunggu sebanyak 867 jam.

Harga Xiaomi Mi Pad 3 ini agak berbaloi untuk dibeli iaitu RMB1499 (kira-kira RM963).