Nintendo Switch Tidak Seperti Yang Anda Bayangkan

1Para gamers, terutamanya geng konsol pasti bersetuju bahawa antara konsol yang paling dinanti-nantikan ketika ini adalah Nintendo Switch. Semenjak ia diumumkan, konsol tersebut telah menerima reaksi yang sangat positif dengan majoriti pengguna sangat menggemari konsep mobil yang diketengahkan. Tetapi menurut CEO Nintendo, Tatsumi Kimishima, banyak lagi yang kita semua tidak tahu berkenaan Nintendo Switch.

3Malangnya Tatsumi Kimishima tidak membocorkan sebarang informasi dan hanya berkata kita semua perlu menunggu sehingga Januari nanti apabila Nintendo mengeluarkan lebih banyak informasi berkenaan Nintendo Switch. Berikutan kenyataan berkenaan, spekulasi mula timbul mengatakan bahawa Nintendo akan bekerjasama dengan ramai pihak ketiga untuk menyediakan para gamers dengan aksesori yang boleh digunakan bersama-sama Nintendo Switch. Salah satu lakaran konsep yang paling dekat dengan idea ini adalah dari pengguna Twitter yang melakarkan idea beliau.

Lakaran konsep dari pengguna twitter
Lakaran konsep dari pengguna twitter

Konsep permainan dan alat kawalan khas ini mempunyai potensi yang sangat besar untuk direalisasikan. Ia bukan sahaja memudahkan pemain untuk mengawal permainan, malah ia akan menjadikan permainan lebih imersif tanpa mengorbankan konsep konsol mudah alih.

Kami memang sangat excited
dengan konsep ini dan berharap agar
berita
ini menjadi nyata
menjelang Januari 2017 nanti.

You might also like