LEAGOO Z5 Diperkenalkan Dalam Segmen Mampu Milik Dengan Harga RM279

pic 1Anda mencari telefon pintar yang murah tetapi menawarkan sokongan spesifikasi yang berbaloi?! LEAGOO Z5 merupakan model yang patut anda beri perhatian kerana selain menawarkan harga jualan yang mampu milik iaitu hanya RM279, ia menawarkan spesifikasi yang sememangnya boleh dianggap yang terbaik dalam kelas harganya. Dioperasikan dengan LEAGOO OS 2.0 yang berasaskan daripada Android 6.0 Marshmallow, LEAGOO Z5 juga masih mampu menawarkan prestasi yang tidak mengecewakan melalui sokongan pemproses Quad Core berkeupayaan 64-bit.

Web-Banner-Z5-VisualSelain itu, ia juga turut menampilkan sokongan skrin sentuh berukuran 5.0 inci dengan resolusi 480 x 854 piksel (196 ppi), dua slot kad SIM berkelajuan 3G, memori dalaman sebesar 8GB serta RAM 1GB (LPDDR3), slot kad microSD sehingga 32GB, kamera utama beresolusi 5 Megapiksel dengan lensa depan beresolusi 2 Megapiksel, dan juga dikuasakan oleh bateri berkapasiti 2300mAh dengan mod penjimatan bateri yang membenarkan penggunaan peranti untuk tempoh 2.5 jam walaupun bateri hanya berbaki 5%.

pic 3Lebih menariknya, LEAGOO Z5 juga telah direka agar lebih tahan lasak bagi memastikan keupayaannya untuk menerima impak yang kuat sekiranya terjatuh tanpa disengajakan. Bahkan LEAGOO sendiri telah menjalankan ujian jatuhan ini bagi mengesahkan ketahanan kerangka LEAGOO Z5. Terdapat tiga warna kerangka boleh dipilih iaitu Champagne Gold, Titanium Grey dan juga Rose Gold.

Noname

You might also like