Perkongsian Gambar Apple Earpods Dengan Sambungan Lightning

Mungkin ramai di antara pembaca di luar sana yang sudahpun sedia maklum akan khabar angin yang mengatakan bahawa Apple bakal menyingkirkan port standard 3.5mm Audio jack pada iPhone 7.

Walaupun khabar angin ini masih lagi menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini, beberapa keping gambar telah tersebar di Internet yang memperlihatkan Apple Earpods dengan sambungan Lightning bagi menggantikan jack 3.5mm.pic 1Gambar yang telah dikongsikan melalui blog mikro Weibo di China ini sedikit sebanyak telah mengukuhkan lagi khabar angin yang telah lama diperkatakan di kalangan peminat peranti keluaran Apple. Walau bagaimanapun, kesahihan gambar ini belum lagi dapat disahkan, jadi sama-sama kita nantikan kemunculan sebenar iPhone 7 pada bulan September nanti.pic 2

You might also like