[Ura-Ura] : Muncul Lagi! Gambaran Sebenar HUAWEI P40 Pro Kini Bertebaran? Hampir Tiada Bezel?

Siri HUAWEI P40 terus menjadi bualan dan dilihat semakin hangat. Terkini, sekeping imej didakwa mendedahkan rekaan paparan hadapan HUAWEI P40 Pro secara langsung dikatakan telah bocor. Jika diteliti, reka bentuk pewaris baru HUAWEI kali ini dilihat lebih kemas – paling menarik perhatian adalah ia dilihat seakan – akan tiada bezel.

Selain itu, ia juga menyertakan rekaan berlubang menempatkan dwi kamera selfie pada sudut kiri. Kemasan sisi peranti kelihatan melengkung sama seperti HUAWEI Mate 30 Pro, namun ia didatangkan dengan butang laras suara berbentuk fizikal bukannya butang maya. Seperti biasa, maklumat tertiris masih lagi rumors dan mungkin kita akan ketahui lebih lanjut pada masa akan datang. Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!

You might also like