Smartphone Sharp Dilancarkan Minggu Hadapan

2
Saluran rasmi Sharp di Youtube

Sharp melalui rakan perniagaan mereka, Commtiva Technology telah menjemput eRing ke pelancaran smartphone terbaru Sharp yang akan berlangsung pada 1 November nanti.

Jemputan tersebut tidak menyatakan apakah model yang bakal dilancarkan, namun hasil “penggalian” menemui bahawa kemungkinan besar dua model akan dibawa masuk iaitu Sharp Z2 dan Sharp M1.

Sharp Z2
Sharp Z2

Kami menemui informasi ini pada laman YouTube Sharp Mobile MY dan berdasarkan tarikh dan barisan model, kami mempercayai bahawa model ini akan dibawa masuk pada minggu hadapan.

Sharp Z2 adalah smartphone yang berprestasi tinggi dengan pemproses deca-core, 4GB RAM dan 32GB ROM, pengesan cap jari  serta kamera 16 megapiksel.

Sharp M1
Sharp M1

Manakala Sharp M1 pula lebih fokus kepada fungsi kamera, terutamanya kamera hadapan, ia mempunyai kamera hadapan dan belakang 13 megapiksel yang sememangnya sesuai bagi kaki selfie.

 

 

You might also like