Sistem Kanta Tambahan Pertama Di Dunia Untuk iPhone 7 Plus

1Siapa dah ada iPhone 7 Plus? Best tak kamera? Kali ini kami kongsikan Kamerar ZOOM, sistem kanta tambahan untuk kamera dwi-lensa iPhone 7 Plus yang cool. Buat masa sekarang, hanya ada dua jenis kanta sahaja yang dijual, iaitu pasangan fisheye & telefoto dan fisheye & macro zoom.

Kedua-dua kanta dipasang ke iPhone 7 Plus menggunakan casing khas yang mempunyai slider di bahagian belakangnya. Anda cuma perlu masukkan kanta yang diingini pada slider ini dan kamera iPhone 7 Plus anda kini boleh menangkap gambar dengan efek kanta tersebut.

2 3

Kamerar ZOOM dijual pada harga yang agak tinggi memandangkan ianya merupakan sistem kanta tambahan yang pertama buat iPhone 7 Plus. Anda boleh mendapatkannya pada harga USD 49 (RM 201.53) di laman web Kamerar.

You might also like