Beli Aplikasi & Permainan Lebih Mudah Dengan U Mobile

1U Mobile menjadikan hidup anda lebih mudah dengan memperkenalkan Carrier Billing yang membolehkan pengguna U Mobile membeli aplikasi dan pembelian dalam aplikasi dengan menggunakan bil pasca-bayar ataupun kredit pra-bayar.

Bergantung kepada jenis akaun, setiap pembelian dari Google Play Store atau dari dalam aplikasi Android boleh dilakukan melalui nombor U Mobile anda. Sekiranya anda pengguna pelan pasca-bayar, pembelian anda akan dicaj masuk ke dalam bil bulanan, manakala bagi pengguna pra-bayar pula, anda boleh menggunakan kredit semasa untuk pembelian.

2Selain itu, U Mobile juga memberikan tawaran istimewa bagi beberapa pembelian permainan dan pek dalam aplikasi sekiranya anda membayar melalui U Mobile. Untuk melihat senarai permainan yang ditawarkan, anda boleh layari Google Play Store.

You might also like