Creative NUNO micro, MUVO 2c & Outlier Sport Kini Mula Dijual Pada Harga Bermula Dari RM99

Selain memperkenalkan dua speaker dengan keupayaan audio berdefinisi tinggi, Creative Technology juga telah membawa masuk tiga lagi produk terbarunya untuk pasaran Malaysia iaitu dua model speaker mudah alih dan satu model fon kepala. Ketiga-tiga produk audio ini boleh dimiliki melalui pengedar sah ALL IT Hypermarket di KLCC serta IOI City Mall, Asahi Technology Sdn Bhd, dan juga IT STUFF Plaza Hartamas. Manakala pembeli di luar Kuala Lumpur boleh membelinya secara atas talian melalui CVG ONLINE Store di Lazada dan juga Shopee.

Creative Outlier Sports – RM 299

Fon kepala tanpa wayar yang menerima pengiktirafan IPX4 ini merupakan pilihan yang paling sesuai untuk anda yang gemarkan aktiviti lasak seperti berlari, mendaki ataupun bersenam di gimnasium kerana ia menyokong ciri kalis peluh. Malah penggunaan tip telinga silikon AuraSeal turut menjanjikan fon telinga agar tidak mudah tertanggal dan dalam masa yang sama mampu menyekat bunyi dari luar untuk pengalaman audio yang terbaik. Outlier Sports yang menyokong audio Bluetooth berdefinisi tinggi dengan teknologi aptX ini turut dilengkapi dengan ciri ClearSpeech Engine bagi memastikan penerimaan suara yang lebih jelas ketika menjawab panggilan. Lebih menariknya, ia mampu digunakan sehingga 11 jam dengan hanya satu cas sahaja.

Creative MUVO 2c – RM 199

Rekaan yang berwarna-warni, kalis percikan air, kompak dan juga audio yang kuat, Creative MUVO 2c merupakan speaker Bluetooth mudah alih terbaik untuk anda gunakan di tepi kolam renang mahupun di dalam bilik air. Selain menjanjikan ciri tahan lasak melalui pengiktirafan IP66, MUVO 2c tidak mengabaikan keupayaan audio yang berkualiti kerana ia dilengkapi dengan woofer yang besar bagi menghasilkan bunyi bes yang optimum. Walaupun kompak, ia mampu digunakan sehingga 6 jam dengan satu cas dan turut dilengkapi dengan ciri-ciri tambahan seperti mikrofon terbina-dalam, slot kad microSD dan juga tersedia dengan port USB untuk sambungan ke komputer.

Creative NUNO micro – RM 99

Diambil dari perkataan yang berasal dari Jepun, nuno bermaksud ‘kain tenunan’. Sebagaimana nama yang digunakan, Creative NUNO micro telah menampilkan rekaan kompak dengan sentuhan fabrik yang kelihatan sangat menarik. Sentuhan minimalis dengan berat hanya 180g, speaker Bluetooth ini sememangnya sangat mudah dibawa ke mana sahaja dan sesuai digunakan tidak kira sama ada di rumah, pejabat ataupun ketika beriada bersama teman. Dilengkapi dengan mikrofon terbina-dalam, ia boleh digunakan untuk menjawab panggilan. NUNO micro menyokong masa penggunaan sehingga 4 jam dan boleh dicas dengan mudah menggunakan kabel microUSB.

You might also like