Digi Beri Pengalaman Menakjubkan Merentasi Asia, Kejutan Buat Pelanggan Bertuah!

John Lau & Hazel Desmond merupakan pelanggan pertama yang membeli Apple iPhone X, sekaligus dipilih sebagai pemenang pertama untuk kempen ‘Digi Borderless Experience’.  

Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) telah menghantar seorang pelanggan bertuah bersama isteri ke tiga negara Asia untuk memberi pengalaman menakjubkan merentasi Asia.

John Lau adalah pelanggan pertama yang membeli Apple iPhone X menerusi pelan Digi Pascabayar untuk dihadiahkan kepada isterinya, Hazel Desmond sempena hari ulang tahun.

John dan Hazel akan dibawa ke tiga lokasi di Asia, di mana mereka akan menikmati hidangan gastronomi terbaik yang ditawarkan oleh setiap negara. Bukan itu sahaja, kedua-duanya juga akan diberi penginapan di hotel terbaik di negara Asia terpilih.

Tengku Zatashah Binti Sultan Idris Shah (tengah), Pengarah Light Cibles bergambar bersama Khairan Nasir (kanan), Ketua Pemasaran Produk Digi dan Eunice Tang (kiri), Pengurus Akaun Digi sambil memengang Apple iPhone X.  

Ia adalah sebahagian daripada kempen ‘Digi Borderless Experience’ yang bermula dari 17 November sehingga 17 Disember 2017 ini. Digi juga akan memilih dua lagi pelanggan bertuah untuk merasai sendiri pengalaman menarik ini di negara lain.

Pelanggan hanya perlu membeli iPhone X di Digi Store atau melalui Digi Store Online dan ikuti Digi di Facebook untuk maklumat lanjut.

You might also like