Pendaftaran Bagi Program GrabBike Kini Dibuka! – Bakal Ditawarkan Pada Pengguna Januari Tahun Hadapan?

Aplikasi e-hailing popular di Malaysia, Grab kini telah mengorak langkah dalam prospek seru-motorsikal di Malaysia apabila telah membuka pendaftaran rakan penghantar bagi program GrabBike.

Sama juga seperti perkhidmatan Grab yang mengambil penumpang, GrabBike bakal menawarkan perkhidmatan mengambil penumbang menggunakan motorsikal. Bukan itu sahaja, ia juga boleh menerima penghantaran GrabFood.

Pendaftaran bagi rakan penghantar sehingga 2 Disember ini. Seperti biasa, Grab akan menyediakan latihan khas bagi pemandu yang berdaftar pada bulan hadapan dan perkhidmatan ini akan beroperasi pada Januari tahun hadapan.

Jadi sama-sama kita nantikan kehadiran GraBike nanti!!

___________________________

Artikel Berkaitan:

You might also like