
Antaramuka Lenovo Legion Gaming phone Tertiris??
Ada sesuatu yang menarik mengenai Lenovo Legion Gaming Phone yang bakal dilancarkan pada 22 Julai ini yang mana antara muka peranti ini dikhabarkan telah diperlihatkan.
Peranti ini bakal hadir dengan pemproses Snapdragon 865+ dan dipadankan dengan 6GB RAM dan storan sebesar 128GB (UFS 3.0) dengan kadar segar semula 144Hz.

Berkemungkinan ia bakal tampil dengan sebesar 5000mAh dan dipadankan dengan pengecasan pantas 90W. Namun sejauh manakah kebenarannya? sama-sama kita nantikan!