
Ruangan Storan Lebih Besar Pada Samsung Galaxy Note 9?!
Berapakah ruangan storan yang cukup untuk peranti pintar? 256GB boleh dikatakan cukup untuk sesetengah pengguna, tetapi bukan semua.
Samsung siri Note terbaru yang bakal dilancarkan pada 9 Ogos 2018 nanti, memperlihatkan banyak penambahbaikan pada Galaxy Note 9 dan salah satu daripadanya mungkin pada ruangan storan yang besar.
https://youtube.com/watch?v=16i8TH6lxmo
Melalui video yang dikongsikan oleh pihak Samsung, jelas menunjukkan ruangan storan yang tidak mencukupi adalah sangat menjengkelkan. Oleh itu ada khabar angin yang mengatakan Note 9 mungkin hadir dengan memori sebesar 512GB.
Adakah benar kita nantikan pelancaran rasmi pada 9 Ogos nanti.
Baca Juga: Warna Tertiris! Samsung Galaxy Note 9 Mempunyai 3 Pilihan Warna?!

