Warna Tertiris! Samsung Galaxy Note 9 Mempunyai 3 Pilihan Warna?!

Setelah warna biru dengan gabungan S-Pen warna emas tertiris di laman sesawang, Samsung Galaxy Note 9 yang bakal dilancarkan secara rasmi pada 9 Ogos 2018 ini ada gambar tertiris lagi!

Seperti biasa, @evleaks telah berkongsi sekeping gambar yang menunjukkan Galaxy Note 9 hadir dengan tiga pilihan warna, terdiri daripada hitam (S-Pen hitam), biru (S-Pen emas) dan perang (S-Pen perang). Adakah warna perang terbaru ini warna kesukaan anda?!

 

You might also like