
Rupa Sebenar Samsung Galaxy Note 9?!
Sebelum ini pihak Samsung telah mengesahkan penampilan Samsung Galaxy Note 9 pada acara tahun Samsung Galaxy Unpacked 2018 yang akan berlangsung pada 9 Ogos kelak, terkini gambar acah tertiris oleh @evleaks bagaimana rupanya peranti flagship baharu ini.
Dalam gambar acah yang ditunjukkan, Note 9 ini tiada rekaan rongak dan hampir penuh pada paparan skrin. Bahagian panel belakang memperlihatkan rekaan dwi kamera yang berlainan saiz, bersebelahan tersedia flash dan di bawah pula adalah pengimbas cap jari.
S-Pen yang menjadi taruhan utama pada siri Note, kali ini tampil dengan warna yang lebih premium. Adakah keupayaannya mencapai tahap premium, kita tunggu pelancaran nanti ya!
S Pen? pic.twitter.com/xizmWw9J2W
— Evan Blass (@evleaks) July 17, 2018

