[ SAH ] Tarikh Rasmi Perasmian Samsung Galaxy Note9 Disahkan – 9 Ogos 2018

1051
- Iklan -

Acara tahunan Samsung Galaxy Unpacked 2018 akhirnya disahkan oleh pihak Samsung, tarikh pelancaran rasmi bagi Galaxy Note9 akan diadakan pada 9 Ogos 2018! Seperti biasa siaran langsung turut disediakan bagi peminat Samsung.

Sebelum ini terdapat banyak berita tertiris di laman sesawang mengenai teknologi yang bakal dibekalkan pada siri terkini, termasuk penggunaan kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 4,000mAh, skrin 6.4 inci, cipset Snapdragon 845 dan banyak lagi.

Adakah ia benar? Kita nantikan perasmian dari Samsung, buat masa kini boleh tonton dahulu sebuah video khas disediakan dari Samsung.