
Skor Penanda Aras AnTuTu OPPO Reno3 5G Lebih Tinggi Berbanding OPPO Reno3 Pro 5G
OPPO baru sahaja mengumumkan pewaris baru mereka iaitu OPPO Reno3 5G dan OPPO Reno3 Pro 5G. Seperti biasa, skor penanda aras AnTuTu sememangnya selalu ditunggu – tunggu dan butiran mengenainya kini telah pun dikongsi. Memang agak mengejutkan apabila OPPO Reno3 5G dilihat berjaya mencatatkan skor yang lebih tinggi berbanding OPPO Reno3 Pro 5G.
OPPO Reno3 5G menjaringkan skor keseluruhan 337,669 mata. Manakala, OPPO Reno3 Pro 5G pula hanya mencatatkan skor sebanyak skor 320,822 mata. Tidak hanya disitu, OPPO Reno3 5G juga mendapat skot yang lebih tinggi untuk GPU – dimana ia mencatatkan skor sebanyak 99,250 mata berbanding 93,977 mata untuk Snapdragon 765G. Pun begitu, OPPO Reno3 Pro 5G adalah pemenang untuk kategori memori dan UX.



