PlayStation Store Bakal Dikenakan Cukai Digital Bermula 1 Januari 2020!

Seperti yang diketahui, Cukai SST sebanyak 6% bakal dikenakan ke atas pembelian pada platform atas talian. Justeru PlayStation Store bakal memperkenalkannya pada 1 januari 2020 ini menerusi platformnya.

Menurut PlayStation Asia, sungguhpun cukai tersebut bakal diperkenal pada 1 Januari, namun tanda harga permainan video PlayStation Store akan dikemas kini pada 4 – 6 Januari 2020.

Tambah mereka lagi, sungguhpun harga bagi permainan video bakal meningkat, namun tanda harga bagi perkhidmatan PlayStation Plus tidak akan dikenalkan cukai SST.

_________________________

Artikel Berkaitan:

You might also like