Yu-Gi-Oh! Legacy of the Duelist: Link Evolution Bakal Tersedia Di PS4, Xbox One & PC Sekitar Tahun Hadapan

Yu-Gi-Oh! Legacy of the Duelist: Link Evolution baru sahaja diperkenalkan di konsol Switch sekitar Ogos lepas – turut disertakan dengan kandungan tambahan khas. Terkini, permainan ini dikatakan bakal tiba di PS4, Xbox One & PC pula sekitar tahun hadapan.

Menurut sumber, ia bakal disertakan dengan kemas kini baharu yang mana mengandungi beberapa kad baharu – jumlah kad ditingkatkan sehingga 10,000. Antara kad baharu termasuk Crystron Halqifibrax, Firewall Dragon Darkfluid dan banyak lagi. Selain itu, beberapa watak baru juga bakal tiba melalui kemaskini tersebut. Korang teruja ke tu?

You might also like