Muat Turun myCuaca Untuk Info Pantas Bencana Gempa & Tsunami

Rakyat Malaysia disarankan memuat turun aplikasi myCuaca yang ditawarkan secara percuma menerusi Google Play Store dan juga App Store bagi mendapatkan info terkini berkaitan kejadian bencana termasuk gempa bumi dan tsunami di negara ini.

Aplikasi yang dibangunkan Jabatan Meteorologi Malaysia (Met) ini merupakan platform pantas untuk masyarakat menerima maklumat berkaitan bencana selain keadaan cuaca semasa. Aplikasi ini sudah lama dibangunkan tetapi kesedaran masyarakat untuk menggunakannya kurang dan setakat ini hanya 95,000 pengguna muat turun myCuaca, jika dibanding ada kira-kira 30 juta rakyat di negara ini.

Kawasan pantai timur Sabah berisiko tinggi dan risiko itu bertambah tinggi dalam beberapa tahun akan datang, dan mengikut kajian semua lokasi berisiko tinggi menghadapi bencana besar perlu melaksanakan program latih amal dalam dua kali setahun.

Sementara itu, masyarakat diminta untuk mencontohi rakyat Jepun yang peka kepada informasi dan SOP keselamatan diri ketika berlaku sebarang bencana. Tunggu apa lagi, cepat muat turun sekarang!

You might also like