
Grab akan berusaha untuk memberi tumpuan kepada peningkatan permintaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana melalui pengiklanan di platform Grab sambil terus memberi rakyat Malaysia akses yang mudah dan berpatutan untuk keperluan harian mereka di Merdeka ini.

Dari 15 Ogos hingga 18 September 2020, Grab akan terus membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana di platform kami dengan membantu mereka menghasilkan bahan-bahan pengiklanan. Ia akan dipamerkan di laman utama dalam aplikasi Grab seperti dalam format banner ads yang akan membantu meningkatkan paparan dan promosi mereka di seluruh platform, supaya ia boleh membantu meningkatkan permintaan perniagaan mereka.
Inisiatif ini merupakan susulan daripada kempen ‘Local Heroes’ baru-baru ini yang akan melihat Grab menanggung kos dan sumber yang diperlukan untuk menghasilkan bahan pemasaran dan akan memanfaatkan lebih kurang 500 perniagaan tempatan di seluruh negara. Rakan niaga yang telah memperoleh ‘banner ads’ di laman utama GrabFood telah menyaksikan pulangan perbelanjaan iklan mereka sebanyak 300%.

Tambahan pula, rakan niaga yang telah mengambil bahagian di promosi Merdeka tahun lepas telah menyaksikan peningkatan jualan mereka sebanyak 4.5 kali ganda berbanding dengan jualan bulan sebelum itu.
Untuk menggalakkan lebih banyak urus niaga dalam talian, Grab dengan sokongan kerajaan juga akan menyediakan bonus bernilai sehingga RM2,000 kepada perniagaan baharu di platform tersebut. Ini adalah sebuah usaha daripada sektor swasta dan awam untuk menggalakkan lebih banyak perusahaan mikro, kecil dan sederhana untuk melakukan lonjakkan digital dan berkembang dalam ekonomi digital.