

Hari ini, honor Malaysia telah memperkenalkan model terbarunya dalam kelas pertengahan, honor 7A sempena ‘Super honor Day’. Ditawarkan dalam dua varian pilihan memori, varian 16GB + 2GB RAM dijual pada harga RM479, manakala varian tinggi 32GB + 3GB pula ditawarkan pada harga RM569.
Lebih menarik, anda boleh mendapatkan honor 7A dengan harga serendah RM429 (16GB + 2GB) pada 8 Jun 2018 eksklusif hanya di Shopee. honor 7A adalah telefon pintar bajet yang menampilkan paparan skrin FullView berukuran 5.7 inci yang masih selesa dipegang. Menawarkan penggambaran utama 13 Megapiksel serta kamera hadapan beresolusi 8 Megapiksel, ia mampu menghasilkan gambar swafoto berkualiti.

Kehadiran bateri berkapasiti 3000mAh juga mampu bertahan sepanjang hari. Manakala untuk fungsi keselamatan pula ianya dilengkapi teknologi Face Unlock dan pengimbas cap jari (Finger print 4.0).
Untuk menikmati keistimewaan pada Super honor Day, anda boleh layari laman rasmi honor Malaysia.

Paparan skrin FullView 5.7 inci & panel belakang menempatkan lensa penggambaran serta pengimbas cap jari.



