Acer Dedah Model Terbaru Liquid Zest Plus Dengan Mempertaruhkan Aspek Ketahanan Bateri

Sempena pameran tahunan Computex 2016 yang berlangsung dari 31 Mei hingga 4 Jun 2016 ini, Acer telah mengambil peluang dengan memperkenalkan model telefon pintar kelas pertengahan terbaru keluarannya kepada umum.

Acer Liquid Zest Plus yang telah dioperasikan dengan versi Android terkini iaitu 6.0 Marshmallow telah dikuasakan pula dengan pemproses Quad Core dari MediaTek MT6735 yang berkelajuan 1.3GHz. Ia juga dilengkapi dengan tiga slot kad berasingan iaitu dua slot untuk kad SIM dengan sokongan rangkaian 4G LTE dan satu slot untuk kad microSD.

Acer Liquid Zest Plus juga turut hadir dengan memori dalaman sebesar 16GB dengan RAM berkapasiti 2GB, speaker berkualiti DTS HD, kamera utama 13 Megapiksel dengan sokongan fokus jenis PDAF serta Laser yang menjanjikan kepantasan mengambil gambar, dan juga kapasiti bateri yang sangat besar iaitu mencecah 5000mAh dengan sokongan teknologi pengecasan pantas. Manakala paparan skrinnya pula adalah berukuran 5.5 inci dengan resolusi 720×1280 piksel.

Acer Liquid Zest Plus diperkenalkan dalam dua warna pilihan iaitu putih dan biru.
Acer Liquid Zest Plus diperkenalkan dalam dua warna pilihan iaitu putih dan biru.

Di dalam pameran itu juga, Acer turut mendedahkan pelbagai produk terbaru keluarannya untuk tatapan pengunjung seperti monitor 4K UHD model BM320, projektor 4K UHD model V9800 dan juga dua model komputer riba 2-dalam-1 iaitu model Switch One 10, Switch V 10, dan dua komputer riba dari siri TravelMate P2 dengan model TravelMate P249 (14.0 inci) serta TravelMate P259 (15.6 inci).

Monitor BM320
Monitor BM320
Projektor V9800
Projektor V9800
Switch One 10
Switch One 10
Switch V 10
Switch V 10
TravelMate P249
TravelMate P249

 

You might also like