

Ketibaan honor View 10 di pasaran telefon pintar Malaysia telah memberi saingan yang kuat kepada peranti-peranti flagship yang lain. Oleh kerana dipasarkan dengan harga yang berpatutan, peranti ini telah mendapat sambutan yang memberansangkan di kalangan pengguna di Malaysia.
Hari ini pihak honor mengumumkan dimana honor View 10 kini telah menyokong ciri baru iaitu sokongan pengecaman wajah, Face Unlock. Dengan kehadiran ciri ini ia memudahkan lagi pengguna untuk membuka peranti malah ia juga membantu pengguna membaca notifikasi tanpa membukanya.
Selain itu, ciri Smart Rotate membolehkan pengguna membaca dengan lebih selesa sama ada dalam keadaan baring ataupun duduk. Selain itu, terdapat juga ciri Wake up yang akan menyalakan skrin apabila peranti diangkat.
Honor juga berkongsi berita mengenai anugerah yang diperolehi di acara CES 2018 yang lalu. Antara media yang memberi anugerah ialah Android Authority, Android Central, Android Police, Gadgetmatch, Gear Diary, Pocket-lint, dan PC Mag.
Kemas kini Face Unlock sedia dimuat turun pengguna di seluruh dunia, bagi anda yang memiliki peranti ini apa kata cuba semak di ruangan tetapan peranti.
Baca juga :
Reviu Eksklusif (Bah 1): honor View 10, Peranti Serba Lengkap Dengan Cip Prestasi Tinggi
Reviu Eksklusif (Bah 2): honor View 10, Telefon Pintar Flagship Mampu Milik!

