

HARGA: RM 2,099
Kemunculan jenama honor di pasaran telefon pintar dunia telah memberi saingan yang hebat kepada jenama lain. Jenama ini juga mensasarkan golongan muda yang inginkan peranti berkualiti pada harga yang berpatutan. Pada kali ini, honor telah memperkenalkan telefon pintar baharu yang diberi nama honor View 10.
honor View 10 merupakan model yang pertama honor hadir dengan pemproses kecerdasan buatan (AI) yang menggunakan cip Kirin 970 daripada Huawei. Selain sarat dengan perkakas serba canggih, ia juga didatangkan dengan skrin paparan yang luas hampir penuh tanpa bingkai tebal. honor mengatakan peranti ini sangat sesuai bagi pengguna yang mementingkan prestasi lebih-lebih lagi untuk tujuan gaming.
Baca juga: Previu: Honor View 10 Menampilkan Rekaan Dwi Kamera Dan Paparan 18:9
Kerangka badan yang dibina berasaskan logam turut menjanjikan nilai estetik yang lebih premium kepada pengguna. Di samping rekaan yang rata di belakang, peranti ini juga menyediakan sistem penggambaran yang baik menerusi sistem dwi kamera.
SPESIFIKASI
PAKEJ PEMBELIAN
PAPARAN FULLVIEW DISPLAY
Kini majoriti pengguna di dunia lebih tertarik pada telefon pintar bersaiz sederhana dengan paparan yang besar. Oleh itu, honor View 10 dicipta mengikut trend semasa dengan hadirnya skrin FullView Display bersaiz 5.99 inci HD penuh+.
Resolusi sebanyak 2160 x 1080p dengan 16.7 juta warna pada 403ppi ini lebih tajam jika dibandingkan dengan panel OLED jika diletakkan secara bersebelah. Tetapi jika dikira dari segi kontras dan warna, ternyata panel OLED lebih menyerlah.

Menggunakan teknologi IPS LCD, anda boleh menikmati paparan yang lebih jelas serta terang selain ia tidak menggunakan kuasa bateri yang banyak. Anda diberi pilihan untuk melakukan tetapan resolusi skrin kepada lebih rendah jika mahukan penjimatan bateri. Dari sudut pandangan, peranti ini nampak seimbang menerusi rekaan melengkung di keempat-empat penjuru skrin.
ANTARAMUKA TERKINI

Peranti ini tidak menggunakan butang fizikal sebaliknya menggunakan butang maya yang terdapat pada bahagian atas pengimbas cap jari. Dioperasikan oleh EMUI 8.0 dan Android 8.0 Oreo, sistem perisian terbaru ini menawarkan antaramuka yang lebih kemas dan melaluinya pengguna boleh menggunakan gesture mudah seperti kawalan satu-tangan, kawalan gerakan dan kawalan suara.

PERKAKAS DALAMAN MANTAP
Pemproses berkuasa HiSilicon Kirin 970 telah dipilih untuk menjana peranti ini. Buat pertama kali, telefon pintar keluaran honor menerima ciri istimewa kecerdasan buatan (AI). Kirin 970 dibina khusus untuk kecekapan tenaga sekaligus ia adalah cip paling efisyen dan responsif pernah dihasilkan oleh Huawei.
Tenaga yang digunakan untuk cip ini beroperasi agak rendah sekitar 20%, berbanding cip terdahulu yang menggunakan 100% kuasa pada kadar prestasi yang sama. Dilengkapi RAM 6GB dan storan 128GB, pengguna bebas melancarkan sebarang aplikasi bersaiz besar mahupun bermain permainan atas talian. Ia juga menyediakan slot kad microSD sehingga 256GB dimana ia sudah cukup daripada memadai.
Ujian Benchmark
BATERI TAHAN LEBIH LAMA
Ketahanan bateri amat dititik berat oleh setiap pengguna. Jadi untuk honor View 10, ia dimuatkan bateri berkapasiti 3,750mAh. Bateri sebesar ini mampu menawarkan kitaran masa selama dua hari untuk penggunaan normal seperti melayari laman sosial atau melayari Internet.

Bagi pengguna hardcore, ia masih mampu bertahan sepanjang hari dan untuk pengecasan ia hadir dengan teknologi Huawei SuperCharge.
Ujian Bateri


ULASAN
Sepanjang memegang honor View 10, peranti ini mampu melakukan pelbagai tugasan, tetapi ada masanya ia tidak stabil mungkin disebabkan peranti ini masih baru. Walaupun ujian benchmark sedikit ketinggalan berbanding peranti flagship keluaran lain, ia masih mampu diterima kerana harga yang tidak terlalu mahal. Kelebihan mungkin boleh dipandang pada kemampuan baterinya, ia boleh menawarkan penggunaan melebihi satu hari dalam sekali pengecasan.




