
IFA 2017 : Huawei Kirin 970 Memenangi Anugerah Terbaik Android Authority

Tempoh hari kita telah diperkenalkan dengan cip pemproses terbaru Kirin 970 oleh Huawei. Cip berteknologi tinggi ini dikatakan berjaya menggerakkan era inovasi telefon pintar dengan membawakan kecerdasan pintar (AI) ke dalam kehidupan seharian manusia. Huawei juga telah membuka pasaran AI ini kepada pembangun dari seluruh dunia untuk mereka mengembangkan lagi keupayaan pemprosesan canggih ini ke tahap yang lebih baik.
Huawei Mate 10 yang sudah disahkan akan menggunakan cip Kirin 970 dijangka akan menggegarkan pasaran global tidak lama lagi. Cip 10nm yang dikuasakan oleh CPU 8-core dan 12-core generasi terbaru ini turut dipadatkan dengan 5.5 juta transistor kecil. Dengan prestasi perkomputeran 25 kali lebih laju, ia juga bertindak 50 kali lebih efisyen dalam memproses gambar.

Melalui integrasi kecerdasan pintar (AI) bersama NPU (unit pemprosesan Neural) yang pertama dimuatkan pada telefon pintar, sebuah badan media mudah alih, Android Authority telah menganugerahkan Huawei Kirin 970 sebagai produk terbaik “Best of IFA” di Berlin kelmarin. Sekaligus, dengan pencapaian ini ia akan membantu Huawei dalam pasaran mereka kelak.

