Pokemon Sun Dan Moon Akan Hadir Pada Hujung Tahun 2016

pokemon-moon-sun-official-logos

Penggemar tegar Pokemon pastinya mengikuti dengan rapat perkembangan berkenaan permainan terbaru judul tersebut dari Nintendo. Penantian anda harus dilanjutkan ke hujung tahun ini kerana Nintendo baru sahaja mengumumkan permainan Pokemon Sun dan Pokemon Moon bakal dilancarkan sekitar penghujung tahun ini.

Nintendo telah mengadakan siaran langsung Nintendo Direct yang memperlihatkan tajuk, logo dan  seni konsep bagi permainan tersebut. Menurut beberapa sumber, Nintendo sedang merancang sessuatu yang menarik buat anda semua. Seiring dengan pelancaran semula siri Pokemon Red, Blue dan Yellow bagi pelantar 3DS, Nintendo akan membenarkan pembeli mengeksport koleksi Pokemon mereka ke dalam judul Sun dan Moon apabila ianya dilancarkan kelak.

You might also like