Shopee Tawar vivo Y66 dan Y55s Pada Harga Bermula RM555

Pemain besar e-dagang Malaysia, Shopee hari ini mengumumkan Hari Shopee Very Important Brand (VIB). Pada kali ini vivo dipilih sebagai jenama penting syarikat itu.

Melaluinya, Shopee menawarkan rangkaian produk dengan promosi sehingga 99% untuk barangan terpilih. Bermula 12 Februari 2018, Hari VIB Shopee akan dimulakan dengan tawaran peranti vivo siri-Y. Dua buah peranti Y66 dan Y55s akan ditawarkan pada harga rendah. Kedua-dua produk dijual dengan tanda harga terbaru RM649 dan RM555 seunit.

Vivo Y66 dan Y55s dilengkapi dengan storan 32GB dan 16GB. Menariknya, kedua-dua peranti menyokong storan tambahan kad microSD sehingga 256GB. Kebolehan penggambaran diperkuatkan dengan sensor 13 Megapiksel di depan dan 16 Megapiksel di belakang. Manakala, vivo Y55s pula dibekalkan dengan sensor kamera utama 13 Megapiksel disamping sensor 5 Megapiksel untuk swafoto.

Bagi menghargai pelanggan yang membuat pembelian, bermula 12 Februari 2018, mereka akan menerima cenderahati eksklusif. Keterangan lanjut boleh layari Facebook Shopee dan vivo Malaysia.

You might also like