
OPPO A1 Diperkenalkan Dengan Warna Menarik Tanpa Pengimbas Cap Jari
OPPO secara senyap-senyap melancarkan peranti kelas permulaan di pasaran China dengan memperkenalkan OPPO A1. Didatangkan dengan warna yang menarik iaitu Putih, Biru, dan Merah, ia dijual pada harga CNY1,399 (~RM866) sebuah.
OPPO A1 hadir dengan paparan IPS LCD 5.7-inci menerusi nisbah skrin 18:9. Pemproses asas dibantu RAM 4GB dan storan 64GB yang dikuasakan bateri berkapasiti 3,180mAh.
Dimuatkan kamera 13 Megapiksel di belakang serta 8 Megapiksel di bahagian depan. Peranti ini tidak ada pengimbas cap jari malah digantikan dengan sistem imbasan wajah sahaja.