LG Nexus 5X Untuk Pasaran Malaysia Pada Harga RM 1199

KEMAS KINI!!!

Buat masa sekarang, LG Nexus 5X boleh dibeli di laman Superbuy, dengan pilihan warna hitam sahaja dan harga jualan adalah RM1,199.

nexus_5x-0-0Ada berita baik dari Brightstar! Julai ini peranti LG Nexus 5X akan tiba secara rasmi untuk pasaran Malaysia selepas sekian lama kita menunggu akan kehadiran peranti ini ke dalam pasaran tempatan. LG Nexus 5X merupakan peranti saudara kepada Nexus 6P, namun ia dilengkapi spesifikasi yang lebih rendah pada harga yang lebih murah berbanding Nexus 6P.nexus5x-fbModel ini hadir dengan skrin bersaiz 5.2-inci, cip pemprosesan Snapdragon 808, memori 2GB RAM, dan bagi pasaran Malaysia, hanya variasi dengan kapasiti ROM 32 GB sahaja dibawa masuk. Kemampuan optikalnya pula bergantung kepada kamera 12.3 megapiksel pada bahagian belakang, dan kamera 5 megapiksel pada bahagian hadapan.nexus-5x-sirimKepada mereka yang sudah lama menantikan model ini, tidak lama lagi anda boleh mendapatkannya melalui pengedar rasmi Brightstar.

https://www.youtube.com/watch?v=QLqHZLdt_jE&feature=youtu.be

You might also like